Lambakan Drama Sampah

Percaya atau tidak, banyak drama tempatan bertaraf ‘sampah’ dari aspek penceritaan akibat┬ádidorong faktor cerita yang membosankan.

Cuba kira berapa banyak drama kisah anak orang kaya yang kononnya jatuh cinta dengan gadis biasa termasuk gadis kampung dan berperwatakkan tomboy sehingga mereka pada mula sering bergaduh sebelum bahagia dijodohkan bersama.

Di sebalik sajian penonton yang terpaksa hadam drama-drama sampah ini, realiti apa yang berlaku pada senario drama tempatan juga dikongsi pengarah drama terkenal, Shahrulezad menerusi statusnya di Facebook.

Mungkin ramai penonton tidak tahu, kebanyakkan cerita disiarkan di televisyen ditentukan stesen TV sendiri yang mempunyai kuasa mutlak menolak naskhah yang tidak mengikut kehendak mereka.

Kita seringkali kagum dengan drama luar negara yang mendapat sambutan positif penonton dek kisah realiti yang dipaparkan berbanding fantasi semata-mata.

Apakah masa depan drama tempatan dan nasib karyawan seni sama ada produser, pengarah dan penulis skrip terpaksa akur untuk kelangsungan hidup.

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*