Cik Piah Kembang Bakat Suara

Mempunyai bakat seni daripada suara memang satu anugerah yang tidak semua orang dapat.

Semua orang boleh menyanyi di pusat karaoke tetapi bagaimana bakat suara itu diasah menjadi seorang penyanyi memberikan keistimewaan.

Rezeki juga buat penyampai stesen popular, Sinar FM iaitu Feeya Iskandar atau Cik Piah apabila kini tampil dengan single terbaru berjudul Hanya Satu.

Gadis berusia 26 tahun ini yang kini hangat dilamun asmara dengan jejaka ahli perniagaan memuatnaik rakaman lagu pertamanya itu di YouTube dan Facebooknya, malam tadi.

Menerusi statusnya itu, lagu genre balada itu dihasilkan Awi Rafael.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*