Kasih Sayang Seorang Bapa

Suami penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K tetap hadir ke majlis perkahwinan anaknya, Muhammad Asyraf bersama pasanganya pada malam tadi meskipun berdepan masalah kesihatan.

Menurut status Siti di Instagram, suaminya itu ditahan di wad selama empat hari akibat demam denggi.

Namun, Datuk K yang dinasihatkan doktor agar berehat tidak mahu melepaskan peluang meraikan hari bersejarah anaknya itu.

Siti yang akan muncul dengan Konsert Satu Suara Vol.2 di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada hujung minggu ini bagaimanapun bimbang jika keadaan suaminya itu sepanjang majlis berlangsung.

Sebaliknya, segalanya berjalan lancar sehingga Datuk K kembali semula ke wad selepas majlis selesai.

Laporan Berita Harian menyatakan Asyraf sah bergelar suami kepada model dan pelakon, Nurtria Wulandari Ariffin hanya sekali lafaz pada majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur dan juga dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*