FINAS Perlu Jadi ‘Guru Besar’ Persatuan Hiburan

Seorang ahli Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) bangkit meluahkan pandangannya sebagai ahli yang kecewa dengan persatuan berkenaan.

Menurutnya, dia yang juga produser sebuah produksi terkenal berasa kecewa dengan persatuan itu dan hanya merugikan wang yuran yang dibayar sekadar mendapat kad keahlian.

Namun, apa yang menarik dikongsi bersama tetamu yang hadir pada acara #tanyaKP Finas, Dato’ Kamil Othman di Content Malaysia Pitching Centre, Platinum Sentral kelmarin, adalah cadangannya mahu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bertindak menyelesaikan masalah antara persatuan hiburan.

Katanya, seseorang perlu menjadi guru besar untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam persatuan.

Malah, sebagai cadangan agar persatuan sedia ada dikurangkan.

Presiden PROFIMA, Kapten Khir Mohd Noor pula berkata, pihaknya sentiasa mengalukan kehadiran ahlinya untuk datang ke pejabat itu.

Malah, beliau menyokong acara pertemuan antara FINAS dengan penggiat seni seperti #tanyaKP Finas lebih kerap diadakan untuk duduk berdialog secara terbuka.

Kamil pula memberikan harapan dan semangat pada penggiat seni apabila menyatakan acara itu akan diteruskan pada setiap bulan pada hari Jumaat minggu terakhir.

Meskipun Kamil mengakui beliau sendiri tidak faham apa matlamat penggiat seni ketika bermesyuarat dengannya kerana tidak jelas apa yang mahu dibincangkan tetapi sekurangnya sesi dialog terbuka seperti itu memberi ruang untuk ramai tetamu bertemu lebih dekat dengannya.

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*