Syarat Padu Citra Ditentukan Semula

Satu pertemuan akan diadakan antara persatuan-persatuan hiburan dalam menyelesaikan isu membabitkan syarat penyertaan penggiat seni wajib menjadi ahli persatuan untuk sertai Festival Filem Malaysia (FFM).

Ketua Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Kamil Othman berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan berkenaan dalam masa terdekat dalam menperjelaskan dan menentukan syarat masuk sebagai calon FFM.

“FINAS dalam proses melakukan rombakan terhadap teknologi maklumat (IT) dan kita memerlukan persatuan untuk menyalurkan pengkalan data mengenai ahli mereka kepada kami,” katanya pada acara #tanyaKP Finas di Malaysia Content Pitching Centre, Kuala Lumpur, malam tadi.

Menurutnya, persatuan lain juga perlu dipertimbangkan sebagai syarat menjadi calon FFM seperti Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) juga mempunyai ahli pelbagai bidang seni seperti pelakon dan penyanyi.

Dalam pada itu, beliau mengakui FINAS berdepan masalah kekurangan kakitangan dalam melakukan pemantauan terhadap penggiat seni yang bukan ahli persatuan.

Isu calon FFM bukan ahli persatuan sebelum ini dibangkit Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) ketika penganjuran acara anugerah itu pada September lalu.

Syarat Padu Citra yang diperkenalkan pada 1 April 1997 menyatakan mana-mana artis atau kru produksi perlu menjadi ahli persatuan sebagai syarat sebagai calon FFM.

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*