04/12/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Rajinikanth Jadi ‘Banduan’ Penjara Melaka

1 min read

Memang heboh diperkatakan ramai peminat apabila superstar filem Tamil, Rajinikanth singgah ke sini untuk menjalani penggambaran filem baru, Kabali.

Seperti yang dilaporkan menerusi pelbagai media sebelum ini, hero filem terkenal Sivaji ini menjalani penggambaran filem barunya di beberapa lokasi di Melaka.

Menariknya, satu foto dikongsi Kolly Talk menunjukkan hero yang setiasa menang ketika berlawan dalam filemnya memakai baju banduan.

Malah, Rajinikanth juga sempat bergambar bersama anggota Jabatan Penjara Malaysia di Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka.

Pastinya, kehadiran pelakon hebat itu hanyalah menjalani penggambaran di lokasi itu.

Apabila superstar berada di lokasi sudah tentu peminat juga membanjiri di luar kompleks penjara itu untuk berjumpa dengan idola mereka.

Ada peminat sempat bersalam dan bergambar denganya meskipun dikawal ketat oleh pengawal keselamatan.

“Impian terbesar dalam hidup tercapai untuk melihat beliau berlakon dan menjadi sebahagian daripada filemnya adalah satu rahmat,” kata seorang peminat yang memuat naik status di Facebook penjara tersebut.

image image image image

– Kafebuzz.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.