27/01/2021

Mari Bersama Sertai #tanyaKP FINAS

1 min read

Dalam kalangan penggiat seni industri hiburan tempatan pastinya berdepan pelbagai cabaran, masalah dan persoalan yang masih belum selesai.

Penggiat filem juga tidak terkecuali mempunyai apa yang terpendam dalam fikiran selama ini mahu diluahkan pada pihak berwajib seperti soalan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Jadi, sebagai merealisasikan impian itu, FINAS menganjurkan program #tanyaKP FINAS… Dato’ Kamil Othman di Auditorium, Content Malaysia Pitching Centre, Platinum Sentral, Kuala Lumpur jam 8 malam ini (30 Oktober).

Sudah tentu acara ini menjadi platform terbaik untuk penggiat seni tempatan mengambil peluang bertanyakan pelbagai persoalan yang dibelenggu selama ini secara terbuka.

Jangan lepaskan peluang untuk semua penggiat filem berkumpul pada malam ini.

image

– Kafebuzz.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *