Jelitawan Jelajah ASK 2015 Singgah JB

Acara anugerah berprestij, Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) pada tahun ini bagaikan tidak lengkap tanpa aktiviti jelajah bersama artis yang bertanding meluangkan masa bertemu peminat secara lebih dekat.

Begitu juga, selepas Pulau Pinang, Jelajah ASK 2015 akan singgah di tapak Karnival Jom Heboh di Angsana, Johor Bahru (JB) pada 31 Oktober ini.

Pastinya, acara yang dianjurkan TV3 bersama penaja utama, Babies Blinks Gold ini dimeriahkan dengan kunjungan ramai artis jelita seperti Siti Saleha bertanding kategori Drama Terbaik menerusi drama Ada Sejadah Panjang Terbentang, Filem Terbaik – Mamak Cupcake & Terbaik Dari Langit); Raja Ilya (Drama Terbaik – Lorong Kecil Ke Syurga, Filem Terbaik – Suamiku Encik Perfect 10) dan Amyra Rosli (Drama Terbaik – Kereta Kita, Drama Rantaian Terbaik – Astana Cinta Aleesa).

Tidak ketinggalan, Adiba Yunus (Filem Terbaik – Nasi Tangas) dan Jue Aziz (Drama Rantaian Popular Sosial Media – Angin Syurga).

Bagi pelakon lelaki, Azwan Kombos (Filem Terbaik – Nasi Tangas & Jalan Puncak Alam); Nazrief Nazri (Drama Rantaian Terbaik – Cinta Ilahi & Hidayahmu Ramadan); Bil Azali (Drama Rantaian Terbaik – Angin Syurga & Astana Cinta Aleesa, Drama Rantaian Komedi Terbaik – RubberBand); Syafiq Kyle (Drama Terbaik – Dari Pintu Neraka, Drama Rantaian Terbaik – Rindu Awak 200%) dan Izzue Islam (Drama Terbaik – Kerana Seorang Ammar, Filem Terbaik – Mat Tudung & Suamiku Ustaz).

Acara jelajah ini dihoskan Maryam Nona Manis yang juga akan membuat penampilan khas di gerai Cerekarama dan gerai Lyanaz Beauty Care dari 11 pagi sehingga 2.30 petang.

Menariknya, pengunjung berpeluang memenangi undangan eksklusif ke Makan Malam Eksklusif Bersama Bintang ASK 2015 pada malam acara anugerah yang akan diadakan pada 8 November nanti.

Hanya 10 pemenang bertuah akan dipilih menerusi beberapa aktiviti cabaran yang diadakan di gerai Cerakarama dan juga Lyanaz Beauty Care. Amyra Rosli Raja Ilya Siti Saleha

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*