Jom Cuba Nasib #seirasseirama

Pada masa kini cukup banyak peluang untuk menjadi artis tidak kira sebagai pelakon mahupun penyanyi.

Sepertimana penyanyi sebelum ini yang memerlukan modal besar untuk menghasilkan sebuah album tetapi kini perkembangan teknologi membolehkan karya dimuat naik menerusi media sosial seperti YouTube, Facebook dan Instagram.

Bagi mereka yang masih mempunyai angan-angan untuk bergelar penyanyi program realiti TV, boleh mencuba nasib dalam satu program baru terbitan Astro Ria.

Menerusi perkongsian daripada pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi di Instagramnya menyatakan program pencarian bakat baru itu memberi peluang kepada mereka yang berminat agar meletakkan video mereka bersama hashtag #seirasseirama sebelum dipanggil untuk ujibakat.

Sebagai syarat, mereka hanya boleh menyanyi lagu daripada Datuk Jamal Abdillah, Ziana Zain, Mas Idayu, Ella, Misha Omar dan Hafiz Suip.

Jadi, mereka yang gemar menyanyi jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Mungkin ini peluang anda bukan saja mengasah bakat terpendam tetapi mengubah nasib hidup menjadi lebih baik.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*