‘Azroy’, Simon Yam & Kara Hui Berganding Bahu

Buat ‘comeback’ sejak beberapa tahun┬álalu, membawa rezeki buat pelakon popular, Faizal Hussein meraih pelbagai tawaran berlakon dan paling menarik, dia masih diberi kepercayaan menjadi hero.

Perkembangan terbaru, hero filem legenda, Gila-Gila Remaja sebagai Azroy ini membintangi filem aksi tempatan bertaraf antarabangsa, Mrs K arahan Ho Yuhang.

Apa yang mencuri perhatian, lakonannya kali ini suatu yang berbeza apabila bergandingan dengan aktor popular Hong Kong, Simon Yam dan Kara Lui.

Berkongsi serba sedikit pengalaman itu, hero filem Kapsul ini memuat naik gambarnya di Instagramnya menunjukkan mukanya berparut hasil solekan khas di samping gaya rambut baru.

image

Menurut laporan media, Yuhang yang sebelum ini mencatat kejayaan filem pendek, Trespassed di New York baru-baru ini sudah merancang filem ini sejak karyanya, At The End Of Daybreak pada tahun 2009.

Laman sesawang, Festival Filem Antarabangsa Shanghai menyatakan bajet filem ini dianggarkan AS$2.5 juta (RM10.69 juta).

simon_yam

kara-hui

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*