Kehebatan Vokal Adele Jadi Igauan

Selepas kejayaan lagu Someone Like You ditonton 545 juta pengguna laman sosial YouTube, empat tahun lalu, penyanyi berasal dari Tottenham, London ini kembali dengan buah tangan terbaru berjudul Hello.

Muzik video lagu barunya ini yang dimuatnaik ke YouTube empat hari lalu juga ditonton 85 juta peminat.

Bagi peminat, kehadiran penyanyi yang pernah memenangi dua anugerah, Artis Baru Terbaik dan Persembahan Vokal Pop Wanita Terbaik pada Anugerah Grammy ke-51 ini suatu yang dinantikan.

Apa yang menarik perhatian, judul dan intro lagu baru Adele itu mengingatkan peminat terhadap lagu malar segar popular, Hello nyanyian Lionel Richie yang diperkenalkan pada tahun 1984.

Menambah keterujaan peminat terhadap Adele, Richie sempat memuat naik satu klip video seolah beliau menghubungi Adele.

http://youtu.be/84RxK4N1wfE

View this post on Instagram

☎️😦 #hello @adele

A post shared by Lionel Richie (@lionelrichie) on

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*