Chewbacca Ditahan Polis

Bunyinya agak pelik tetapi ia benar terjadi apabila watak popular filem Star Wars, Chewbacca ditahan polis akibat ingkar arahan pihak berkuasa.

Chewbacca yang dimaksudkan sebenarnya seorang aktivis satu parti politik yang enggan menyerahkan kad pengenalannya selepas berada bersama kanak-kanak di satu kawasan tempat mengundi di Ukraine.

Dalam satu rakaman video menunjukkan Chewbacca ditahan empat anggota polis sebelum dipaksa tunduk ke bonet dan digari.

Di sebalik dikenakan hukuman denda oleh mahkamah tempatan, apa yang lebih menarik sebenarnya Chewbacca hadir ke situ mengiringi Darth Vader yang menjadi calon bertanding.

Laporan berita tempatan menyatakan seramai 48 calon daripada parti politik Darth Vader Block didaftarkan termasuk 44 individu yang mempunyai nama Vader.

Seperti mana laporan AFP, calon yang menggunakan kostum watak seperti Chewbacca, Master Yoda dan Princess Amidala pernah mencuba nasib dalam pemilihan parlimen negara itu pada tahun lalu tetapi tidak berjaya.

– Kafebuzz.my

(Foto: Reuters)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*