Sarang Diskusi Membedah P Ramlee

Selepas heboh peminat Mamat Khalid bercerita gambar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghidangkan mi rebus pada pengarah tersohor itu, akhirnya projek Sarang Art Hub yang dirancangkan menjadi kenyataan.

Menerusi hebahan di Facebook, satu aktiviti diskusi filem akan diadakan di lokasi itu yang lebih dikenali sebagai Rumah Rehat Tanjung Malim, Perak pada 31 Oktober ini, jam 2.00 petang.

Acara yang diberi judul Membedah P Ramlee akan memberi fokus pada perbincangan buku Membedah P Ramlee yang disertai bersama Profesor Emeritus Datuk Dr Isahak Haron dan moderator, Hassan Abd Muthalib.

Pastinya pengisian program ini suatu yang dapat memberi manfaat pada orang ramai khususnya peminat seniman agung itu.

Kepada penduduk sekitar kawasan berkenaan mahupun sesiapa saja dijemput untuk hadir.

image

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*