Pikat Hanis Tak Boleh Makan KFC

Program seperti drama yang membawa kisah teladan pada penonton sentiasa menarik perhatian ramai meskipun kisahnya dikitar semula.

Begitu juga, program Kifarah Mistik yang disiarkan di TV3 setiap Jumaat jam 9 malam menyingkap pelbagai kisah tahyul dan kepercayaan songsang yang berlaku dalam masyarakat Melayu.

Program sebanyak 13 episod kali ini menemui penonton sejak 16 Oktober lalu yang membawa kisah antaranya mandi bunga, orang ketiga, pengasih, malam Jumaat, celupar, gelandangan dan pendamping.

Bagi episod Pengasih yang akan disiarkan pada 30 Oktober ini, ia mengisahkan seorang pemuda, Eman Dagu meminati anak seorang janda bernama Hanis.

Namun, Hanis tidak melayannya sehingga lelaki itu bertindak menggunakan minyak dagu untuk memikat hati Hanis.

Bermacam pantang larang dilakukan Eman untuk memastikan rancangannya itu berjaya antaranya tidak boleh pakai baju putih, tidak boleh main sepak takraw termasuk makan ayam goreng KFC.

Lebih dahsyat, Eman perlu duduk di atas bumbung rumah jam 2 pagi dan mandi di bawah jambatan pada setiap malam.

Apakah kesudahannya? saksikan program ini pada Jumaat ini.

Pengasih (1)

Malam Jumaat (2) Mandi Bunga (1)

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*