Pakai Tudung Kerana Di Bayar

Pemilihan Amyra Rosli sebagai wajah bagi satu jenama tudung nyata mencetuskan rasa kurang senang segelintir pihak yang merasakan pelakon itu tidak wajar diberi tanggungjawab berkenaan kerana bertentangan dengan personalitinya.

Malah gadis berusia 24 tahun itu juga dituduh tidak sensitif dengan wanita Islam yang bertudung sebelum menyatakan persetujuan untuk kepada pihak terbabit.

Namun dengan nada berhemah Amyra menjelaskan bahawa keputusan yang dibuat itu adalah sebagai satu cara untuk menggalakkan lebih ramai wanita bertudung.

“Saya maklum yang perkara ini agak sensitif untuk dibincangkan secara terbuka. Dan saya sendiri telah berfikir banyak kali sebelum menerima tanggungjawab ini.

“Pada peringkat awal, saya menerima tawaran ini sebagai satu bisnes. Ini kerana tidak semua orang berpeluang untuk menerima tawaran seperti yang saya peroleh.

“Pada masa yang sama, tanggungjawab baharu ini juga memberi impak positif dalam diri saya sendiri. Maknanya saya perlu lebih pandai membawa diri.

“Pasti satu masa nanti saya akan bertudung,” kata Amyra tentang tanggapan negatif berhubung pelantikannya sebagai wajah baharu jenama tudung berkenaan.

image

– Utusan Online

(Foto: Aamyrarosli – Instagram)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*