Hello Kitty Sambut Rajinikanth Di KLIA

Ia pasti mengagumkan, kelihatan hebat dan membanggakan apabila penonton Malaysia menyaksikan filem antarabangsa memaparkan mercu tanda atau lokasi penggambaran di negara ini dalam filem mereka.

Lebih gempak, superstar filem Tamil terkenal, Rajinikanth khabarnya sudah berada di Kuala Lumpur untuk menjalani penggambaran filem terbarunya, Kabali.

Pada usia 65 tahun, Rajinikanth yang sering kelihatan hebat dan bergaya ketika berlawan masih mempunyai aura kuat untuk tarik perhatian peminatnya termasuk di Malaysia meskipun kini kelihatan hampir botak.

Laporan The Indian Express menyatakan hero itu menjadi penyelamat kepada 200 pelakon tambahan yang muncul dalam adegan kebakaran.

Aktor filem popular, Sivaji itu dilaporkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang tadi dan disambut meriah peminatnya termasuk kereta limosin Hello Kitty.

Rajinikanth akan menyambung penggambaran filem barunya itu di Melaka sebelum ke Hong Kong dan Thailand.

Filem ke-159 buat Rajinikanth ini turut dibintangi Radhika Apte, Prakashraj, Dinesh dan Kalaiyarasan.

Beberapa gambar ketibaan Rajinikanth juga tersebar di media sosial.

image image image image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*