28/01/2021

Elton John Tampil 33

1 min read

Penyanyi pop legenda, Elton John mengumumkan kembali dengan album terbaru yang mengambil masa pembikinan selama tiga tahun.

Lebih menarik, penyanyi berusia 68 tahun ini berkolaborasi dengan penyanyi latarnya yang sekian lama bekerjasama dengannya.

Album berjudul Wonderful Crazy Night menjadi album studio ke-33 yang akan berada di pasaran pada 5 Februari tahun depan.

Memberi keterujaan, lagu dari album berkenaan iaitu Looking Up menemui peminat menerusi pra-tempahan album berkenaan.

Difahamkan, album itu menjadi pertemuan semula penyanyi itu dengan pemain dram asal, Nigel Olsson dan Davey Johnstone (gitar).

– Kafebuzz.my

(Foto: eltonjohn – Instagram)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *