‘Hadiah’ Eksklusif Altimet

Penyanyi rap, Altimet tampil dengan video muzik, Aku Tahu, yang memberi kelebihan pada pelanggan Maxis Hotlink menjadi penonton pertama menerusi Hotlink RED App.

Ketua Prabayar Maxis, Navin Manian berkata, menerusi kerjasama dengan Altimet, Hotlink meneruskan usahanya memperjuangkan muzik dan bakat tempatan dengan mempamerkan karya terkini selain mendekati peminat.

Katanya seperti dilaporkan Bernama, Hotlink sebelum ini bekerjasama dengan artis tempatan lain seperti Hujan yang mempamerkan gambar eksklusif dan video sepanjang sedekad dalam industri muzik.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*