Terminator Berjabat Tangan Najib

Seperti dihebahkan sebelum ini, aktor popular Hollywood, Arnold Schwarzenegger hadir ke Kuala Lumpur sempena acara Forum Transformasi Global (GTF).

Pastinya, kunjungan pelakon filem popular Terminator itu dinantikan ramai peminatnya khusus peserta acara berkenaan yang berpeluang menimba pengetahuan dan pengalaman daripada bekas gabenor California itu.

Menerusi satu foto menunjukkan aktor berusia 67 tahun itu berkesempatan bertemu dan berjabat tangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis makan malam di restoran Nobu, KLCC, malam tadi.

Najib juga berkongsi foto majlis itu menerusi Facebooknya dan kelihatan Schwarzenegger duduk di sebelahnya.

Berkongsi pengalaman dalam acara GTF, Schwarzenegger menyatakan dalam berdepan cabaran sepertinya ketika penggambaran, filem diterjemahkan sebagai suatu yang kekal manakala kesakitan itu bersifat sementara.

“Ketika saya menjadi gabenor, tidak pernah fikir suatu yang kecil tetapi fikirkan yang besar,” katanya yang dikongsi GTF menerusi Facebook, hari ini.

Katanya, perbezaan antara pemenang dan yang kalah adalah juara berusaha untuk bangun semula dan tidak takut untuk gagal.

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*