Syarul Ridzwan Kembali Jadi Hero Drama TV3

Siaran drama bersiri terbaik di TV3 menjadi tarikan pada penonton setia untuk berhibur.

Menerusi slot Lestary, drama terbaru berjudul Kau, Aku, Kita menjadi taruhan menggandingkan pelakon muda yang semakin mencipta populariti, Syarul Ridzwan bersama bakat baru, Janna Nick.

Plot mengisahkan dua individu yang mempunyai nama sama iaitu Iman Firdaus lakonan Janna sebagai Iman manakala Syarul melakonkan watak Aus.

Meskipun mereka mempunyai nama sebenar yang sama tetapi perwatakan berbeza menyaksikan Iman, anak yatim piatu yang terpaksa bekerja keras menyara adiknya berbanding Aus, seorang artis popular yang hidup mewah.

Pertemuaan antara mereka yang berdepan masalah masing-masing menjadikan terbit bibit cinta.

Sama ada Aus berjaya memikat Iman untuk dijadikan teman hidupnya, segalanya terjawab apabila drama ini mula bersiaran di TV3 pada 28 Oktober ini, setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam.

Drama adaptasi novel karya Orkid Edyliyne ini diterbitkan JS Pictures.

Kau1 kau2

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*