Raja Ema Jual Topeng Spiderman

Topik paling hangat diperkatakan orang ramai termasuk golongan selebriti ketika ini adalah masalah jerebu yang semakin kritikal melanda negara.

Perubahan cuaca jerebu yang semakin tebal sehingga ada yang mendakwa jerebu bertukar warna oren menyebabkan orang ramai termasuk selebriti berasa bimbang.

Bagi mereka yang masih tercari topeng muka untuk berdepan masalah jerebu, pelakon senior Raja Ema turut mempromosi produk topeng jerebu untuk dijual.

Menariknya, topeng jerebu ini mempunyai pelbagai corak seperti kartun Spiderman dan Menara Eiffel.

Menerusi status di Instagramnya, topeng berkenaan yang boleh dibasuh dijual pada harga Rm30 dan RM35.

image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*