19/01/2021

Diva Paris Hilton Datang KL Lagi

1 min read

Selebriti kontroversi Hollywood, Paris Hilton akan kembali ke Kuala Lumpur menemui peminatnya di sini selepas penampilan kali terakhirnya pada awal tahun ini.

Paris dijangka hadir menjayakan acara Festival Muzik ACV yang akan berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, Selangor pada 24 Oktober ini.

Menariknya, kemunculan Paris juga disertai pengacara terkenal, Datuk AC Mizal bersama penyanyi rap popular, Joe Flizzow dan Sonaone.

Turut serta menggegarkan pentas, deejay dari Australia, Havana Brown, 8ky 6flu, DJ Soda, Leng Yein dan De FAM.

Pastinya, peminat Paris tidak melepaskan peluang untuk berhibur bersamanya.

Menambah keterujaan, AC juga memberikan tiket persembahan itu secara percuma kepada pendengar radio Internetnya, Peace Yall FM.

image

– Kafebuzz.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *