Delorean Plat Negeri Sembilan Dikesan!

Bagi peminat filem sains fiksyen, Back To The Future, pastinya tarikh hari ini iaitu 21 Oktober 2015 menjadi suatu kenangan yang istimewa kerana Marty McFly dan Doc Emmett Brown sudah sampai pada tarikh ini lebih awal 30 tahun lalu.

Menerusi sekuel filem Back To The Future III, mereka menggambarkan masyarakat moden pada hari ini mempunyai pelbagai teknologi canggih seperti kereta terbang dan papan luncur terbang.

Menariknya, papan luncur terbang memang sudah wujud tetapi kereta terbang belum ada lagi.

Dalam kemeriahan peminat filem ini berkongsi rasa teruja menyambut ulang tahun filemĀ ini, ada perkara menarik juga dikongsi Malaysian Evo di Facebook apabila berjaya menemui kereta hebat Delorean di negara ini.

Lebih gempak, kereta Delorean ini mempunyai nombor pendaftaran plat Negeri Sembilan!

Pastinya, peminat mahu bergambar dengannya jika terserempak. Apapun, Selamat hari jadi Back To The Future ke-30!

image

image image image image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*