Bekas Vokalis Ditahan Polis

Seorang bekas vokalis kumpulan muzik popular 90an ditahan polis berdekatan Kampung Chubadak, Sentul, Kuala Lumpur bersama pistol jenis Walther pada 1.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan penahanan suspek berusia 46 tahun itu.

Katanya, dia ditahan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Sentul ketika melakukan rondaan.

“Pistol itu ditemui pada tempat duduk pemandu dan suspek mengaku pistol berkenaan adalah miliknya.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” katanya.

–┬áHarian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*