Yazit Sah Beraksi Konsert Panggung Khayalan

Penderitaan yang dilalui pemain dram terkenal, Yazit Ahmad yang mengidap penyakit buah pinggang sebelum ini turut membimbangkan perasaan peminatnya.

Apa yang diharapkan, peminat mendoakan pemuzik berusia 53 tahun ini kembali sihat dan dapat beraksi semula bersama kumpulan rock tersohor, Search.

Perkembangan terkini, Yazit menyatakan kesihatannya semakin menunjukkan perkembangan positif meskipun masih menjalani rawatan dialisis.

“Alhamdulillah, ada perkembangan positif. Ramai peminat yang mahu saya buat ‘come back’,” katanya kepada Sinar FM, hari ini.

Berita baik, Yazit akan muncul dalam Konsert Search Panggung Khayalan di Nusajaya, Johor Bahru pada 24 Oktober ini.

“Ramai yang mendoakan saya sebagai satu tanggungjawab kepada peminat untuk saya bangun semula.

“Selepas ini juga saya akan mengadakan persembahan mini di Hard Rock Cafe Melaka dan Kuala Lumpur,” katanya.

Konsert anjuran Universal Music Malaysia dengan kerjasama EduCity Iskandar Malaysia ini akan diadakan di Kompleks Sukan EduCity.

Katanya, anggota Search lain masih sayang padanya dan Yazit bersama Search juga merancang untuk menerbitkan album baru mereka pada tahun depan sempena meraikan ulang tahun ke-35.

Bagi peminat Search yang mahu menonton Konsert Panggung Khayalan boleh membeli tiket dari RM66 sehingga RM756 (VIP Premium) di www.tickethotline.com.my.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*