Lantik Shila Amzah, Duta Malaysia Ke China
1 min read
Selepas mencipta nama di pasaran muzik antarabangsa khusus dalam kalangan peminat Cina, penyanyi Shila Amzah dicalonkan sebagai duta Malaysia ke China.
Cadangan itu disampaikan Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook (DAP) kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur hari ini untuk melantik penyanyi itu sebagai duta berdasarkan pencapaian dan pengaruh penyanyi itu pada golongan berkenaan.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau bersetuju dengan cadangan itu dan akan memberi pertimbangan sewajarnya dengan berunding bersama Pelancongan Malaysia.
– Kafebuzz.my
(Foto: shahilaamzah – Instagram)