Justin Timberlake Menangis Kerana Jessica Biel

Mungkin lelaki tidak sepatutnya menangis kerana seorang wanita tetapi ia tidak mustahil berlaku atas faktor cinta yang mendalam.

Situasi itu dilalui penyanyi popular, Justin Timberlake ketika meluahkan perasaan sayangnya terhadap Jessica Biel yang juga isterinya.

“Baby, saya sayang awak lebih daripada apa yang mampu saya katakan dan lebih daripada apa jua lagu yang pernah saya karangkan,” katanya dalam ucapan ketika satu majlis induksi 2015 Memphis Music Hall of Fame seperti dilaporkan Today.

Pasangan ini berkahwin sejak tiga tahun lalu dan mempunyai seorang anak, Silas Randall, tujuh bulan.

– Kafebuzz.my

(Foto: AP)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*