Van Damme Mahu Selamatkan Dunia

Pelakon aksi lasak terkenal Hollywood, Jean-Claude Van Damme masih kelihatan hebat dan mempunyai susuk tubuh sasa meskipun sudah menjangkau usia 55 tahun, semalam.

Katanya, manusia mengalami perubahan pada bentuk muka apabila memasuki usia emas tetapi dia masih mampu mendesak pemimpin dunia untuk menyelamatkan haiwan.

“Manusia adalah spesis yang hebat dan mereka akan berusaha memperbaiki apa saja dan berharap mereka juga membantu diri sendiri tetapi mereka tidak boleh buat apa-apa apabila dunia akan berakhir dalam tempoh 50 atau 60 tahun akan datang,” katanya dalam temubual bersama BBC Radio 5 live Breakfast.

Pelakon yang popular menerusi filem Universal Soldier, Last Action Hero dan Street Fighter ini menyatakan untuk melakukan perubahan besar, pemimpin dunia perlu selamatkan haiwan.

“Jika kita melihat mereka (pemimpin dunia) selamatkan haiwan dengan melakukan kebaikan untuk keseimbangan, secara automatik manusia juga mengurus kembali peranan mereka di muka bumi ini.

“Dunia akan mempunyai jangka hayat yang panjang untuk kehidupan untuk manusia sendiri,” katanya seperti dilaporkan Sunshine Coast Daily.

Tambahnya, setiap pemimpin dunia mempunyai hati, isteri, anak-anak dan mereka memahami erti cintakan dunia atau penipuan.

“Setiap daripada manusia mempunyai sisi baik dalam diri,” katanya.

image image image

– Kafebuzz.my
( Foto: JCVD – Instagram)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*