Tahniah! Da’i Hamidah

Dai Hamidah muncul sebagai juara program Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga dengan 85.9 markah.

Membawa tajuk persembahan, Aku Pendosa Juga Ingin Ke Syurga, dia turut mendapat 18 markah juri awam dan meter persembahan sebanyak 80 peratus.

Hamidah membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta hadiah sampingan antaranya kembara umrah manakala Da’i Fuad di tempat kedua.

Juri profesional, Ustaz Sharhan Safie menyatakan persembahan Hamidah sememangnya layak ke final dan penghayatannya berjaya membawa keinsafan pada penonton.

“Ia suatu yang menarik dengan membawa perumpamaan bawa cat hitam di atas kertas putih dan anda juga berinteraksi dengan penonton di rumah sama-sama istifar,” katanya pada program yang disiarkan secara langsung di TV3, hari ini.

image

Da’i Fuad yang membawa persembahan,┬áBenarkah Kita Cinta Rasulullah SAW, mendapat 12 peratus daripada juri awam dan seratus peratus markah persembahan.

Da’i Hidayu pula dengan persembahan berjudul Tercabut Rasa Bertuhan meraih markah juri awam sebanyak 14 peratus dan 75 markah meter persembahan.

Namun, Hidayu tersingkir selepas mendapat 63.9 markah pada pusingan pertama.

image

Pujian buat TV3 selalu penganjur yang tidak ghairah mencipta program realiti untuk kaut untung menerusi SMS penonton yang hanya 10 peratus tetapi fokus dalam melahirkan peserta cemerlang menjadi pemimpin pada masyarakat.

Kejayaaan program ini juga didukung komitmen pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor yang berjaya melaksanakan tugas sebagai pengacara dengan lancar.

Hakikatnya, kita masih ketandusan program berkonsep keagamaan dan ilmiah yang membawa mesej mendidik pada penonton. Syabas buat TV3.

image

image

– Kafebuzz.my

(Foto: TV3 Malaysia – Instagram)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*