Sambutan Hari Back To The Future 21 Oktober

Bagi peminat filem sains fiksyen, filem trilogi Back To The Future lakonan utama Michael J Fox pastinya meninggalkan nostalgia mendalam.

Gandingan Fox bersama Christopher Lloyd sebagai Dr Emmett Brown cukup serasi apatah lagi mereka bersama menggembara zaman lampau dan masa depan menerusi kereta mesin masa Delorean ciptaan professor itu.

Namun, dalam kalangan peminat timbul persoalan sama ada sekuel terbaru filem itu akan dihasilkan.

Lloyd mengakui dia tidak mahu melepaskan peluang membintangi sekuel keempat kali ini.

“Saya gembira untuk kembali menjadi Doc, tiada soalan mengenainya.

“Namun, ia akan menjadi mencabar untuk membawa idea yang menyelitkan elemen keterujaan terhadap tiga siri sebelum ini.

“Jadi, cabaran sebenar kepada penulis skrip adalah membawa kisah asal filem ini yang mempunyai minat, kesungguhan dan keterujaan sepertimana sekuel sebelumnya,” katanya kepada The Hollywood Reporter.

Tambah mengujakan, khabar angin juga mengatakan tarikh 21 Oktober 2015 akan menjadi sambutan Hari Back To The Future kerana ia adalah masa ketika Marty McFly (Fox), Doc Brown dan Jennifer Parker menggembara sehingga menemui teknologi papan luncur terapung dan kereta terbang.

image image

image image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*