22/01/2021

Steven Spielberg Alami Insomnia Akibat Kisah Perang Dingin

1 min read

Mereka yang terbaik sentiasa berusaha memberikan hasil kerja yang terbaik.

Begitu juga alkisahnya pengarah hebat Hollywood, Steven Spielberg yang terkenal dengan karya mengagumkan berdepan insomnia akibat bersengkang mata terhadap kerjanya.

Aktor, Mark Rylance berpandangan Spielberg bekerja keras sehingga kurang tidur selepas beberapa minggu terbabit dengan penggambaran ‘Bridge of Spies’ yang membawa kisah perang dingin.

Ketika Rylance bertanya soal insomnia, Spielberg menjawab beliau sendiri sebenarnya bimbang dan masih tidak tahu kisah filem berkenaan.

Spielberg sebelum ini cukup terkenal dengan pelbagai idea yang membawa mitos hebat, plot  ikonik dan menyelami kisah sejarah sejak lebih 40 tahun bekarya antaranya Jurassic Park, Jaws, War of the Worlds, Saving Private Ryan dan Schindler’s List.

Kali ini, beliau cuba menggambarkan semula kisah benar berlatarbelakang zaman 1950-an dan 1960-an dbintangi Tom Hanks sebagai peguam insurans di New York bernama James B Donovan yang diminta kerajaan mengendalikan kes perisik Soviet, Rudolf Abel (Rylance) yang ditangkap di Brooklyn.

image image image image image

– Kafebuzz.my

(Foto: tomhanksworld & tomhanks_fanpage – Instagram)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *