Ning Baizura Diganggu Individu Gila Seks

Tidak kira golongan selebriti mahupun sesiapa saja boleh menjadi mangsa siber menerusi SMS atau media sosial.

Selepas kes membabitkan seorang lelaki menunjukkan kemaluan di depan rumah penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza, perkara yang hampir sama juga berlaku pada rakan artis, Ning Baizura.

Menerusi status di Facebooknya hari ini, Ning mendedahkan nombor telefon misteri yang sering menganggunya dengan SMS lucah.

Penyanyi lagu popular Awan Yang Terpilu ini menyatakan dia menerima banyak SMS daripada individu gila seks itu sehingga menggelarnya setan, kurang ajar, psiko dan sakit otak.

image

– Kafebuzz.my

(Foto: ningdalton – Instagram)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*