Bersama Sokong #MyINTIFADA Palestin

Kekejaman rejim zionis terhadap rakyat Palestin cukup menyentuh perasaan seluruh penduduk dunia yang cintakan keamanan dan lebih memahami erti kemanusiaan terhadap orang awam yang tidak berdosa.

Sebelum ini banyak gambar dan video rakyat Palestin yang terkorban dikongsi pengguna Facebook termasuk video seorang bapa yang tidak sanggup melepaskan pelukan terhadap mayat anak perempuannya serta seorang kanak-kanak menghembuskan nafas terakhir perlahan-lahan di hospital cukup menyayat hati.

Sebagai menunjukkan sokongan terhadap masyarakat Palestin, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Aqsa Syarif tampil menganjurkan kempen #MyINTIFADA yang meminta pengguna Facebook menukar gambar profil.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkembangan terkini nasib masyarakat Palestin boleh layari Facebook, Aqsa Syarif.

image

image

image

image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*