6 James Bond Berkumpul

Buat peminat agen perisik popular, James Bond, anda mungkin tidak sabar untuk menyaksikan sekuel filem itu, Spectre di layar perak yang masih menampilkan aktor Daniel Craig.

Meskipun Craig sebelum ini membuat pengakuan mahu kelar pergelangan tangannya sekira kembali melakonkan watak itu, populariti agen 007 itu dijangka akan terus bernyawa atas perminataan ramai peminatnya.

Terbaru, muzium lilin terkenal dunia, Madame Tussauds di London mempamerkan koleksi terbaru mereka iaitu enam legenda James Bond dipertemukan serentak.

Pelakon berkenaan terdiri daripada Roger Moore, Timothy Dalton, Craig, Sean Connery, George Lazenby and Pierce Brosnan dipaparkan ke umum hanya selama enam hari.

Menariknya, pengunjung berpeluang bergambar bersama patung lilin James Bond ini.

image image image image image

– Kafebuzz.my

(Foto: Madame Tussauds – Facebook)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*