Suara Emas & Cilik Dicari

Boleh dikatakan pertandingan cungkil bakat nyanyian ada di mana saja.

Ini membuktikan masih ramai pihak selaku penganjur menyokong industri muzik tempatan yang mahu melihat lebih ramai bakat baru dicipta sebagai penyanyi profesional.

Justeru, Menara Kuala Lumpur bekerjasama dengan Muzium Telekom menganjurkan acara Bintang Suara Emas Menara Kuala Lumpur.

Bagi mereka yang berminat, sesi uji bakat akan dijalankan di Muzium Telekom pada 31 Oktober ini manakala final akan berlangsung di Menara Kuala Lumpur pada 1 November.

Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 40 sehingga 60 tahun yang mempunyai suara emas yang mengagumkan.

Menariknya, hadiah wang tunai, RM3,500 menanti pemenang.

Suara_emas

Sementara itu, kanak-kanak berusia 6 sehingga 12 tahun yang berminat menyanyi juga boleh mencuba nasib menerusi pertandingan Suara Cilik Menara Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Oktober ini.

Hadiah keseluruhan menanti pemenang berjumlah RM1,600.

Sebarang keterangan lanjut kedua pertandingan berkenaan boleh menghubungi Suriati di talian 03-20205448.

suara_cilik

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*