Nasihat Neelofa Buat Abang Lori

Sama ada kita sebagai pengguna jalan raya sedar atau tidak, banyak kemalangan jalan raya terus berlaku akibat sikap pemandu yang cuai sehingga ada nyawa terkorban.

Begitu juga, sikap segelintir pemandu tidak kira motosikal, kereta termasuk lori dan bas yang kurang kesedaran sivik dengan sengaja melanggar lampu merah meskipun di persimpangan jalan itu, ada kamera dipasang pada tiang lampu isyarat itu.

Situasi sebegitu termasuk pengguna motosikal melawan arus dan naik ke kawasan kaki lima pejalan kaki bukan suatu perkara asing berlaku di Malaysia.

Persoalannya, apakah pengguna jalan raya kita terlalu berani sehingga tidak menghargai nyawa sendiri mahupun orang lain atau mungkin, pengguna tidak lagi takut dengan undang-undang dan sanggup membayar saman.

Sebagai langkah kesedaran, pelakon dan pengacara jelita, Neelofa turut meluahkan pandangannya terhadap banyak kemalangan membabitkan kenderaan berat seperti lori pada masa kini.

Katanya di Instagram, dia berharap pemandu kenderaan berat dapat sentiasa menghormati had kemampuan fizikal dan kenderaan yang dipandu.

image image

– Kafebuzz.my

(Foto: noorneelofa – Instagram)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*