[Eksklusif] Abang Mamat ‘Mati Kutu’ Bila MB Perak Jamu Mi Rebus

Beberapa keping gambar menunjukkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat dan menghidangkan mi rebus kepada pengarah filem terkenal, Mamat Khalid menjadi viral dan bualan ramai peminatnya.

Mamat ketika ditemubual eksklusif Kafebuzz berkata, dia berjumpa dengan Dr Zambry siang tadi untuk berbincang projek hub seni di Tanjung Malim.

“Ia menjadi tempat berkumpul dan menghasilkan kerja-kerja seni, bengkel dan kelas seni.

“Menariknya, ia juga dijadikan 1Malaysia Youth City atau Sarang Art Hub iaitu tempat ‘menetaskan’ hasil-hasil seni para remaja,” katanya.

Tambahnya, tempat itu yang dijangka akan siap pada hujung November nanti juga diadakan pendekatan agama untuk golongan remaja.

“Abang nak rasmikannya dengan program qiamullai seramai mungkin. Di sini abang berjumpa Dr Zambry untuk memberi sokongan program keagamaan berkenaan,” katanya.

Katanya, ketika perbincangan projek itu diadakan di kediaman Dr Zambry itu, Mamat mengakui dia sendiri ‘mati kutu’ bila pemimpin itu menghidangkan mi rebus padanya.

image

image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*