Terjemahan Chowrasta Menerusi Novel

Bagi bekas pelajar universiti, pengalaman ketika menjadi pelajar menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan.

Begitu juga kisah menarik pelajar zaman Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini dikenali Universiti Teknologi Mara (UiTM) dikongsi menerusi filem terbaru, Chowrasta arahan Prof Datuk A Razak Mohaideen.

Filem diterbitkan Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) bersama Nation Film Studio ini dibintangi Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Fauzi Nawawi dan Risteena Munim.

Menariknya, Malam Tayang Promosi filem ini yang diadakan pada Jun lalu diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai jumlah penonton paling ramai iaitu seramai 4,460 penonton pada satu masa.

Menambah keterujaan penonton menantikan filem ini yang akan ditayangkan pada 3 Disember nanti, novel filem ini juga akan berada di pasaran pada 1 November nanti.

Perkara itu juga dikongsi Naib Canselor UiTM, Prof Tan Sri Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar di Facebooknya.

image

image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*