Kontrak Baru Produksi Iklan TV Beri Keutamaan Produksi Tempatan

Produser iklan televisyen yang berdaftar dengan Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia (PPFIM) kini boleh menyemak bayaran berjadual, jumlah jam ditetapkan dan pelindungan insurans menerusi kontrak produksi.

Draf kontrak berkenaan dilancarkan PPFIM baru-baru ini dan ahli persatuan boleh menggunakannya sebagai jaminan terhadap kerja bermula 1 November ini.

Presiden PPFIM, Khoo Kay Lye berkata, tindakan mewujudkan draf ini dilakukan selepas beberapa aduan dilaporkan produksi iklan TV berhubung bayaran tertangguh, jumlah waktu kerja yang panjang dan bayaran rendah.

“Kita berdepan masalah menggunakan peralatan penggambaran apabila penggambaran hanya dijalankan untuk beberapa hari (dalam tempoh masa singkat) kerana pengiklan mahu menjimatkan kos.

“Jika bayaran tertangguh, siapa yang akan bayar kepada pekerja di lokasi penggambaran? Produksi tidak mampu menanggung beban ini terutama selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Kita juga berdepan cabaran bisnes yang semakin mengecil dan saiz pasaran yang bersaing antara faktor dalaman dan luaran sehingga stesen penyiaran kini membenarkan iklan TV dihasilkan produksi luar disiarkan,” katanya seperti dilaporkan The Edge Financial Daily.

image

Katanya, draf itu menetapkan iklan diterbitkan produksi tempatan, pelanggan mesti membayar 50 peratus atas yuran dipersetujui sebelum penggambaran diikuti 30 peratus dalam tempoh dua minggu selepas habis penggambaran manakala baki 20 peratus dibayar dalam tempoh 60 hari dari tarikh akhir penggambaran.

Bagi produksi yang menghasilkan iklan antarabangsa, pelanggan perlu membayar 60 peratus daripada jumlah kontrak dan bakinya selepas selesai suntingan online iklan berkenaan.

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*