Keena Komited Berikan Lakonan Terbaik

Pernah mencipta nama sebagai penyanyi yang dicungkil bakat menerusi program realiti, Mentor, ia bukan alasan untuk Keena menceburi bidang lakonan.

Sehingga kini, Keena sudah membintangi pelbagai drama, telefilem dan bersiri yang menjadi platform untuknya mengasah bakat lakonan dan juga sebagai sumber rezeki.

Perkembangan terkini, Keena juga membintangi drama bersiri, Hello Mr Perfect yang kini disiarkan di slot Akasia, TV3 setiap Isnin sehingga Khamis jam 7 malam.

Menurutnya, drama terbitan A Aida Production itu memberi ruang kepadanya untuk melakonkan watak Hana, kawan kepada Alya.

“Kali ini kelainan Keena diberi watak baik. Selalunya watak jahat dan pengalaman berlakon dalam drama ini menyeronokkan sebab dapat tunjuk ajar pengarah Nuad Othman dengan penolong pengarah Dina,” katanya kepada Kafebuzz.

Meskipun Keena sering tampil dengan watak pelakon pembantu dalam kebanyakkan lakonannya, dia tetap komited dan membuktikan kesungguhan di lokasi penggambaran.

Malah, sikap profesional Keena juga disenangi pengarah drama, Wan Cromox yang sering bekerjasama dengannya untuk membintangi pelbagai drama arahannya.

image image image image

image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*