Adegan Klip Video Syamel AF2015 Cetus Persoalan

Sama ada bergelar juara atau tidak, bekas peserta program realiti popular, Akademi Fantasia 2015 sudah boleh tarik nafas lega apabila penjalanan karier seni mereka selepas ini masih dibantu Astro.

Tumpuan peminat muzik juga terarah pada hala tuju naib juaranya, Syamel yang tampil menyerlah bakat nyanyiannya sepanjang berada dalam pertandingan nyanyian itu.

Menariknya, Syamel yang sudahpun tersingkir sebelum saingan separuh akhir diselamatkan pengkritik tetap, Datuk Ramli MS yang menggunakan ‘kuasa pengkritik’.

Namun, biarpun Syamel tewas pada Sufi pada final, pencapaiannya tetap membanggakan peminatnya menerusi lagu baru, Hidup Dalam Mati yang dinyanyikannya pada malam itu.

Dua hari program itu berlalu, peminatnya masih boleh mengubat kerinduaan menerusi klip video lagu itu di YouTube.

Namun, disebalik kelunakkan vokal jejaka ini, apa yang turut menjadi bualan ramai pengguna media sosial adalah adegan gadis sebagai model dalam klip video itu mengambarkan reaksi  terlalu sedih akibat percintaan sehingga mahu membunuh diri dengan menembak di kepala.

Jika melihat klip video itu sebagai bahan hiburan, ia hanyalah gimik dalam penceritaan tetapi pengguna bertanyakan mengapa gadis itu bertindak sebegitu dengan pistol.

Ia suatu yang dianggap di luar kewarasan sebagai seorang muslim apatah lagi negara kita sendiri bukan seperti negara Barat yang mudah mendapatkan atau menggunakan senjata api.

Malah, mesej seorang gadis yang terlalu kecewa dalam bercinta boleh diterjemahkan dengan adegan yang lebih sesuai.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*