600 Artis Jayakan Citrawarna 17 Oktober Ini

Acara kebudayaan dan riadah untuk orang ramai, Citrawarna kembali lagi pada 17 Oktober ini.

Membawa konsep budaya, alam semulajadi dan masa depan, Citrawarna @ Kuala Lumpur 2015 akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Menariknya, acara ini yang dianjurkan sejak 1999 bertujuan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama yang mempunyai kepelbagaian budaya dan agama.

Pengarah Persembahan acara itu pada tahun ini, Datin Seri Tiara Jacquelina berkata, tiga konsep itu dikenal pasti mengikut jenis pelancong yang datang ke negara ini.

“Ada pelancong yang datang ke negara kita kerana mahu melihat kekayaan khazanah budaya kita dan itu merujuk kepada aspek budaya.

“Ada juga pelancong yang datang ke Malaysia kerana sukakan aktiviti membabitkan alam semula jadi seperti aktiviti lasak dan sukan di pantai mahupun pulau.

“Ketiganya membabitkan masa hadapan kerana ada pelancong yang hanya suka membeli belah dan menikmati kehidupan malam. Jadi ketiga aspek itulah yang akan dirangkumkan menjadi sebuah persembahan yang cukup istimewa nanti,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Persembahan dijangka bermula jam 6.30 petang termasuk pementasan teater MUD: Our Story of Kuala Lumpur.

Menampilkan 600 artis tari, antara artis yang terbabit adalah Awie manakala Datuk Aznil Nawawi dan Altimet akan menyampaikan lagu joget.

image image image image

– Kafebuzz.my

(Foto: tiarajacquelina – Instagram)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*