Sufi Juara AF2015

Persembahan yang dinilai konsisten saban minggu sepanjang pertandingan berlangsung berjaya membawa rezeki pada peserta Sufi bergelar juara program realiti popular, Akademi Fantasia.

Pada saingan pentas akhir itu, peserta yang juga penyanyi dari Singapura ini turut menyanyikan lagu ciptaan sendiri berjudul Kisah Dua Muka.

Sufi yang diundi penonton menerusi SMS sebagai juara membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 bersama tiket penerbangan ke Dubai dan trofi.

Bagi tempat kedua pula menjadi milik Syamel manakala Bila yang sebelum ini sering mendapat komen terbaik daripada pengkritik tetap, Datuk Ramli MS di tempat ketiga bersama wang tunai sebanyak RM20,000.

Sharul pula ditempat keempat. Kemenangan empat peserta AF musim kali ini turut diraikan pengacara asal program ini, Datuk Aznil Nawawi yang hadir sebagai pengkritik.

image

http://youtu.be/vmoy6jd03S8

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*