Maya Karin Jadi Gadis Kaunter TGV

Menjadi antara barisan pelakon wanita popular ketika ini, kehadiran aktres jelita, Maya Karin bertemu peminat suatu yang dinantikan.

Menariknya, Maya masih bersemangat dan memberi komitmen untuk turun padang mempromosi filem Jwanita meskipun ia sudah habis tayangan di pawagam.

Sikap positif Maya ini suatu yang sepatutnya dipuji dan dicontohi artis lain yang tidak hanya ghairah hadir ketika melaram pada malam gala atau acara anugerah semata-mata.

Dalam satu acara, ‘movie date’ bersama Maya Karin yang diadakan di TGV, Kinta City, Ipoh Perak, semalam, peminat tidak melepaskan peluang untuk bertemu lebih dekat dengan pelakon itu.

Maya cukup mesra melayan peminat untuk bergambar, ‘selfie’ dan memberikan autografnya sebelum mereka bersama menonton filem seram thriller arahan Osman Ali.

Malah, Maya yang sering melemparkan senyuman sempat memakai baju pekerja TGV dan menjual sendiri tiket Jwanita kepada peminatnya yang hadir memberi sokongan.

Berikut beberapa gambar menarik yang dikongsi menerusi mayakarin_bb di Instagram.

image image image image image image image image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*