Habuan Juara GV2 Lebih ‘Masyuk’ Berbanding AF2015

Sehari selepas peserta Singapura, Sufi mencipta sejarah bergelar juara Akademi Fantasia 2015, hari ini pula 12 peserta program realiti, Gegar Vaganza musim kedua (GV2) diumumkan.

Apa yang menarik perhatian, hadiah wang tunai menanti juara pertandingan nyanyian otai ini lebih lumayan iaitu RM100,000 sekali ganda berbanding juara AF2015.

Jika dibuat perbandingan juga, tiada lagi hadiah lumayan untuk juara AF kali ini sepertimana Zahid mendapat kereta Citroen C3 (RM120,000), Mawi bersama Suzuki Swift dan Stacy dengan banglo bernilai setengah juta ringgit.

Namun, jika hadiah bukan faktor utama sesebuah pertandingan ditawarkan pada peserta yang dinilai pada bakat, hadiah juga menjadi pendorong semangat serta habuan yang berbaloi.

Bagi GV2, peserta lelaki yang bersaing adalah Zul Handy Black, Acong Sweetchild, Nizam Laksamana, Amir U’kays, Ezad Lazim dan Nassier Wahab.

Peserta wanita terdiri daripada Sheeda, Azian Mazwan Safwan, Haiza, Ezlynn, Faradhiya dan Siti Nordiana.

Pelawak Nabil Ahmad dan Jihan Muse tampil sebagai pengacara manakala dua juri profesional, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim.

GV2 akan bermula 18 Oktober ini dari
Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam disiarkan di saluran Astro Ria, Astro Prima dan Maya HD.

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*