20/01/2021

Festival Filem Palestin Bantu Kutipan Dana

1 min read

Viva Palestina Malaysia (VPM) menganjurkan Festival Filem Palestin Ke-4 bermula semalam (10 Oktober) bagi mengutip dana untuk warga Palestin yang tertindas.

Festival filem itu selama dua hari di Pawagam Black Box, Publika, Solaris Dutamas akan menayangkan empat filem dokumentari mengenai Palestin.

Antara filem ditayangkan ialah ‘The Stones Cry Out’ arahan Yasmine Perni, mengisahkan Kristian Palestin yang turut kehilangan kampung halaman berikutan penjajahan zionis Israel sejak 1948.

Filem lain yang ditayangkan ialah The Wanted 18, Flying Papers dan dokumentari Where Should The Birds Fly.

Pengerusi VPM, Datuk Dr Musa Mohd Nordin, berkata festival filem Palestin itu yang juga acara tahunan VPM sejak 2012, bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penindasan rejim zionis Israel ke atas warga Palestin.

Ia juga bertujuan mengutip dana, termasuk membiayai kos sara hidup dan biaya pengajian pelajar Palestin di beberapa universiti di Gaza yang diserang Israel tahun lalu, katanya.

Orang ramai hanya dikenakan bayaran minimum RM1O setiap tayangan filem itu yang akan disalurkan kembali kepada pihak yang memerlukan.

Empat sesi tayangan filem setiap hari bermula jam 11 pagi.

Festival filem turut dimeriahkan dengan bazar jualan, pameran foto Yayasan Al-Quds Malaysian dan persembahan kebudayaan Palestin selain penampilan khas selebriti tempatan, Mizz Nina, bagi sesi autograf.

image

– Berita Harian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *