Selebriti Meriahkan Hari Sukan Negara

Tarikh hari ini 10 Oktober menjadi satu lagi hari penting buat masyarakat negara ini apabila meraikan Hari Sukan Negara.

Signifikan kepada penganjuran acara ini sebenarnya menggalakkan orang ramai menjaga kesihatan menerusi aktiviti bersukan dan riadah.

Menariknya, acara ini yang diterajui Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut disertai selebriti tempatan yang hadir pada awal pagi tadi untuk memeriahkan acara pelancarannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Antara selebriti yang mengambil bahagian adalah pengacara jelita, Neelofa, pelakon Izzue Islam, Fizo Omar, Syahrul Ridzwan dan Shukri Yahaya serta penyampai sukan popular, Zainal Abidin Rawop.

Acara tersebut dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan hadir sama, Datin Seri Rosmah Mansor.

Berikut beberapa foto menarik yang dikongsi selebriti berkenaan di Instagram.

image image image image

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*