Gambar Jackie Chan Jadi Pak Arab Cetus Tanda Tanya

Sekali pandang, aksi aktor popular Hong Kong, Datuk Jackie Chan memakai jubah putih seperti seorang pak arab bukan suatu yang pelik.

Apatah lagi beliau adalah seorang pelakon, sudah tentu sering terbabit dengan penggambaran.

Namun, jangan terkejut apabila ada peminat menyangka aktor yang popular menerusi filem francais, Police Story ini sudah berhijrah menjadi seorang muslim.

Merujuk gambar yang tersebar meluas di media sosial itu, ia memang benar beliau berada di Dubai ketika ini tetapi cerita sebenarnya, Chan terbabit dalam penggambaran filem terbarunya berjudul Kung Fu Yoga.

Menariknya, Chan yang dikenali dengan keberanian melakonkan adegan lagak ngeri dan lasak sendiri juga singgah ke litar lumba unta Al-Marmoum di Jalan Al Ain.

Sekeping gambarnya memakai kandura yang lazim menjadi pakaian golongan lelaki di sana dikongsi penduduk tempatan menerusi WhatsApp.

Laporan Gulf News menyebut Chan dalam satu video sempat bergurau dengan penduduk tempatan sebelum nenyatakan agar mereka tunggu filemnya itu yang dijangka tayangan pada tahun depan.

“Apa bau ini? ia begitu wangi. Hanya bau unta yang paling pantas sebegitu,” katanya dalam bahasa Mandarin.

https://youtu.be/QUtxKuqtRY4

– Kafebuzz

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*