Assalamualaikum Lagu Terbaik APM2015

Pencapaian artis Malaysia di pentas acara anugerah antarabangsa, Anugerah Planet Muzik (2015) terus menyerlah apabila lagu popular Faizal Tahir, Assalamualaikum diumumkan sebagai Lagu Terbaik.

Penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza buat pertama kali menang kategori Kolaborasi Terbaik (Artis) menerusi lagu Seluruh Cinta duet bersama Cakra Khan.

Kebanggaan karyawan muzik Malaysia juga dikongsi atas kejayaan bakat baru, Elizabeth Tan yang menang anugerah Artis Baru Terbaik untuk lagu popularnya, Knock Knock.

Paling menyerlah, pencapaian Taufik Batisah merangkul empat anugerah iaitu Lagu Paling Popular (Singapura) dan Lagu Paling Popular APM menerusi lagu #awakkatmane, Ikon Media Sosial dan Artis Paling Popular (Singapura).

Penyanyi duet Indonesia, Datuk Rossa bersama Afgan berjaya membawa pulang anugerah Duo/Kumpulan Terbaik menerusi lagu mereka, Kamu Yang Ku Tunggu.

Anggun pula diumumkan sebagai penerima Anugerah Rentas Planet selepas berjaya menjual lebih 1 juta album di pasaran Eropah.

Kategori Lagu Terbaik juga dimenang Lisa nyanyian Iman’s League duet The Lion Story (Singapura) manakala penyanyi Indonesia, Kunto Aji untuk lagunya, Terlalu Lama Sendiri.

APM2015 memberi pengiktirafan Anugerah Khas Rentas Planet kepada kumpulan pop yeh-yeh, A. Ramlie & The Rythmn Boys.

Tahniah juga buat Jihan Muse yang berjaya melaksanakan tugas sebagai pengacara bersama APM2015 dengan cemerlang bersama jenaka spontannya yang menghiburkan penonton.

Gandingan pelakon filem Jwanita, Maya Karin bersama Adi Rahman sebagai penyampai anugerah juga serasi dan celoteh mereka menghiburkan ramai.

Berikut beberapa foto menarik pemenang pada malam tadi.

image image image image

image image image

– Kafebuzz.my
(Foto: anugerahplanet – Instagram)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*