04/12/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Soo Wincci Tampil Konsert Solo Di KLCC

1 min read

Selepas muncul dengan satu rakaman video kontroversi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada awal bulan lalu, penyanyi tempatan, Soo Wincci tetap tekad untuk mengadakan konsert solonya pada 31 Oktober ini.

Persembahan ‘Simply Inwinccible’ itu akan diadakan di Dewan Plenary, ┬áPusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menerusi laman sosial Instgramnya, penyanyi yang popular di Taiwan ini mengajak peminatnya untuk hadir pada konsertnya nanti.

Malah, dalam beberapa status di laman sosial itu, Soo Wincci berulang kali menyatakan dia akan terus menyanyi meskipun berdepan kontroversi sebelum ini termasuk dikatakan isu penaja tarik diri seperti dilaporkan beberapa media.

“Wincci akan terus menyanyi tidak kira apa saja,’ katanya sambil memberitahu tiket konsertnya boleh dibeli di www.ticketcharge.com.my.

Wincci juga berkongsi gambar dan video dia sedang berlatih untuk persembahannya itu nanti.

image image

– Kafebuzz.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.